Filed under: 1
hari ni hari isnin. dan aku terlalu bersendiri. hidup ini mmg mcm ini agaknya. tak tahu mana hendak dituju. aku hilang arah. aku terpaksa meneruskan hidupku atas dasar hidup. mungkin buat masa ini. hati terlalu lumat hancurnya sehingga aku tidak berasa apa. astaghfirullahalazim… apa sebenarnya yang terjadi ini. jika aku hanya bermimpi… cepatlah terjaga dari mimpi ini. aku hanya mahu bersamanya… hanya mahu itu…
Filed under: 1
suddenly… otak saya tak mampu menata ayat sejak dua-tiga kebelakangan ini. terputus kata-kata… kosong.
mungkin terlalu banyak yang bermain diminda. atau…
Filed under: 1
sebenarnya bukan ini yang mahu saya tulis sejak berkurun saya menangguh penulisan saya… tapi, kesibukan kerja menguji hati. minda dan air mata. haha… tolonglah jangan jadi pethatic wahai diriku… hehe…
sekarang musim pelajar pasca spm meredah peperiksaan… sementelah sekalian pelajar2 ini berpeluh mahu mengingat ilmu dari buku dan guru… saya pula ber[eluh menyediakan kelengkapan dan persediaan untuk mereka selesa mengeluarkan ilmu-ilmu dan angin(serta angan) semasa peperiksaan berlangsung. Penat-letih-semua berlegar mengelilingi diri.
Tuhan sahaja yang tahu keletihan ini.
dalam masa yang sama saya menerima pelbagai sms mengucapkan maaf dan sebagainya dari anak murid yang disayangi. sayang… hehe… itulah yang dirasa terhadap setiap pelajar, walau macamanapun kadang-kala pelajar ini begitu mengundang rasa marah dan perit hati (kadangkadang geli hati). Tetapi rasa sayang itu bagaikan naluri bagi seorang yang bergelar guru terhadap pelajarnya… a thing that i never thought i would feel. hehe…
apa lagi yeh tentang kerja… bersambung lah…
p/s: semoga sekalian pelajar2 ku lulus cemerlang… =_=!!! hehehe…
Filed under: 1
sebanarnya penulisan pada tajuk “dan semalam” belumlah sepenuhnya siap. atas dasar kelembapan internet dan ketidaksabaran hati yang acapkali menyelubungi hati ini menyebabkan saya terusan menekan butang “publish” hehe… lantas sepatutnya saya menyapkan sambungan penulisan itu malam ini. janji saya pada diri sendiri.
Filed under: 1

jadi sudah 3 tahun saya meninggalkan fakulti senilukis dan senireka…
setelah 5 tahun mendaki tangga mencedok ilmu dari sekalian puan2, encik2 dan profesor2… serta bersama menyelam laut pengalaman bersama sahabat-sahabat… sekarang saya disini. meniti hari-hari menjadi seorang manusia bergelar tenaga pengajar yang berhadapan dengan pelajar yang kadang-kadang(selalu la jugak sebenarnya…) menduga kesabaran, minda dan hati.
Back to my beloved FSSR… actually, i just receive a CD full of old pix of mine and e rest of my friends from my lovely wanlisa… as i viewing each pix, seperti terbayang kembali kubikel oren yang menjadi markas forum kami.
Filed under: 1
saya benar-benar mencintai dirinya.
cinta selalu dianggap tidak penting
tetapi cinta lah yang memberi pengaruh yang besar pada setiap hari-hari manusia. sejauh mana seseorang mampu tersenyum dikala cinta dilanda badai. sejauh mana mampu menahan senyum tatkala cinta diselubung bahagia.
saya benar-benar mencintai dirinya. benar benar… hanya dirinya…
Filed under: 1
AL-FATIHAH….
America has been blinded. Israel long for bloodshed in their hands… Children been killed everyday. People die every hour.
To all you guys out there… lets pray that the war will stop tonight. lets pray that the bomb stop bursting tonight. lets pray that all palestinian have a quiet nite tonight.
To America… look at those dead bodies… just look at them and imagine if they are yours…
Filed under: 1
its 8th Muharam 1430 n 5th january 2009. new years n time running fast. at certain time… i kinda lost my heading. hehe… what’s your hope along this new year? as for me… i wish to upgrade myself… my whole self.
i want to love more and be loved more.
wish to have more money too… yeah.. i know its sounds super cliche… but hey.. i need that thing badly.. hehe.. but, as my ibu say last nite.. “duit mmg penting, tapi jangan sandarkan kebahagiaan pada duit, sebab kebahagiaan adalah anugerah”.
yes… its undoubtly true…
again, im here, thinking how to expand my bank account… but still my top priority is my loved ones… gaining love is much harder than gaining money tau…
Filed under: 1

aduh… its been 3 days since i wrote on this beloved blog.
kesuntukan masa.. hari ini sangat determine to write something.
Semalam saya berpetang di pantai. tak berkelah pun.. tak jugak menjejak kaki di pasir. duduk-duduk mendengar radio, bertemankan si teman hati yang asyik memandang ke laut tapi senyap duduk disebelah. Tatkala merenung matahari melabuhkan diri, seolah2 tenggelam dilaut selat melaka , selang itu juga saya terfikir.. tentang hati… bukan nak berpuisi cinta (mentang2 si teman hati disebelah), tetapi ingin bicara tentang hati secara general. hehe…
hati itu.. seketul daging yang menentukan bentuk batin seseorang…
betul x? punya fizikal yang kecil tetapi besar fungsinya sehingga mampu mencorak perjalanan dunia. ” HATI“.. yup.. hati.
bush telah dibaling kasut. (i called it, “shoes over bush” moment).. its sure a jawdropping moment followed by ecstatic laugh among us, tp… disebalik kasut itu, tersembunyi hati yang penuh dengan amarah,muak,rasa nak piat2 je telinga bush, dan geram, not just for Muntazer al-Zaidi (mybe he forget the ethics of journalist n just being a person who deal with great anger) but many other heart in this wide earth wish to do the same thing as him cuma xberpeluang… dan bagi pihak bush pulak… only god know what’s on his heart.
Berbalik tentang perihal hati… saya rasa (dengan hati), setiap manusia memiliki hati yang baik sebenarnya… cuma masing2 ada pendirian yang tersendiri yang seringkali berbeza dengan pendirian orang lain… natijahnya.. bila dua pihak yang berbeza pendapat, ingin menegakkan apa yang di dirikannya, maka pertelingkahan akan terjadi. Lalu masing2 akan membuat apa sahaja cara untuk memastikan pihaknya benar. masing-masing enggan menerima rasa atau pandangan hati pihak lain. EGO (da tajuk lain da ni) hehehe…
ketetapan hati itu penting. Untuk memastikan kita berada dalam landasan yang benar dan telah kita rancang.
tetapi perlu juga hati kita merasa apa yang mungkin dirasai oleh orang lain, yes.. empati. penting sangat. supaya kita tidak terlalu stuck up with oneself.
Kalau saya nak juga menawan gunung sebelum subuh.. perlukah saya korbankan kawan saya yang tercedera akibat terseliuh tatkala menyeberang akar yang melintang-lintang dihutan perawan?. Wajib untuk saya memapahyna, kerana saya sedar, dialah yang bersama-sama ingin meredah hutan untuk sampai kepuncak.
hati.. harus ada empati, harus sentiasa menjenguk dan cuba merasai hati yang lain, tidak terlalu mementingkan hati sendiri. harap2 barrack hussein obama memikirkan hati-hati para iraqi, moga setiap insani menjenguk dan merasai hati anak-anak kecil yang kelaparan makanan dan ilmu pengetahuan, doa2 agar lelaki menyentuh dan memahami hati wanita cinta hatinya (begitu juga wanita terhadap lelakinya)… dan dunia ini tentu lebih aman bila setiap manusia cuba membuka hatinya untuk menerima apa yang terbuku dihati insani yang lain.
begitulah pemikiran-pemikiran disenjakala… sedar-sedar malam dah berlabuh dan saya sedang menikmati kalamari goreng tepung yang enak tapi sedikit liat. huhuhu… hati manusia pon kadang2 liat.
saya meneruskan makan malam, masih bertemankan si teman hati yang sedang asyik menikmati liatnya kalamari, saya terus terfikirkan tentang hati.. agar semua hati punya empati, agar semua hati dapat merasai, agar semua hati sentiasa memahami…
Filed under: lihat.fikir.rasa
1st time bloggering…
banyak yang mahu ditulis. tapi kena asingkan barangan yang berkubang dalam kepala dan asingkan ikut subjek. hehe…
untuk yang pertama tama ini.. ingin saya kongsikan kisah dikepala saya. tentang dunia.. (wah besarnya… sedang kisah sendiri masih tertanya-tanya.. hehe) tp siapalah saya tanpa dunia (hidup, sidia, keluarga, bumi, kehidupan dan segala, akhirat tak lupa ya..) tapi dunia akan tetap berpusing seperti sediakala walau saya tak ada…
yang pertama… (tama)
saya rasa saya sedar yang dunia ini sedang menjerit. aduh… dengan kekacauan politik, keganasan, kesampai hatian manusia untuk membunuh dan mencedera, kebuluran, bencana, perang, kemiskinan dan banyak lagi..
tp kita alhamdulillah terus berada dilandasan kerahmatan.. sekurang-kurangnya kita dapat makan. shopping diriak sibuk midvalley pada tiap kesempatan bulan. yes… kita amat dirahmati.
dan, apa perlu kita lakukan atas dunia yang sedang menjerit meminta perhatian kita? wajib difikirkan.
saya melihat manusia ada cita-cita… saya sendiri penuh dengan cita-cita.. tp sekuat mana saya nak hadirkan usaha untuk menggenggam cita dan keinginan saya?
tiba-tiba saya rasa ayat-ayat saya terlalu shallow..(susunan ayat tak ikut standard penulis terkemuka
) tp tak apalah.. sbb baru kali pertama.
ini sahaja, baru permulaan… agaknya sekejap lagi saya akan menulis lagi…
regards,
nZrs~